15 January 2010

Fakta dan pendapat berkaitan penggunaan Kalimah 'Allah'

Saya telah kemukakan kepada anda beberapa penulisan berkaitan isu kalimah 'Allah' ini. Pada hemat saya beberapa perkara yang boleh disimpulkan:

1. Tiada nas khusus dalam Islam yang melarang penggunaan kalimah oleh oleh bukan Islam.

2. Kalimah 'Allah' mempunyai makna yang sangat besar kepada menganut Islam. Allah adalah nama sejati bagi Tuhan yang wajib disembah. Syahadah hanya diterimah dengan adanya kalimah 'Allah'. Mempermainkan nama Allah adalah satu penghinaan yang maha hebat.

3. Islam menjamin kebebasan beragama kepada bukan Islam. Mereka boleh beribadat tanpa diganggu, namun tidak boleh sehingga melanggar hak orang lain.

4. Terdapat penggunaan kalimah Allah di kalangan Kristian berbangsa Arab sejak sekian lama. (Allah merujuk kepada ketiga-tiga tuhan mereka iaitu Allahu Abb, Allahu Ibn, Allahu Quds)

5. Terdapat penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sejak hampir 100 tahun lepas. (Allah merujuk kepada Tuhan bapa--iaitu ada tiga tuhan: Allah, Jesus dan Ruhul Qudus)

6. Tiada penggunaan kalimah Allah dalam Bible samada Old Testament atau New Testament.

7. Menukar nama Allah dalam penggunaan Khatolik di Malaysia kepada perkataan lain seperti 'Tuhan Bapa' atau 'tuhan' tidak menjejaskan amalan agama mereka.

8. Penggunaan kalimah Allah oleh Kristian Arab tiada kaitan dengan Kristian Khatolik Malaysia kerana berlainan seksyen (Orthodok) dan tiada sebarang perkaitan bahasa atau keturunan. Khatolik Malaysia menerima Kristian melalui Eropah.

9. Kristian sentiasa cuba untuk menyesatkan umat Islam dan gigih berusaha mengKristiankan orang Melayu.

10. Terjemahan 'Allah' untuk perkataan 'God' adalah salah. Terjemahan sepatutnya ialah 'tuhan'. Jika yang dimaksudkan itu ialah 'God the Father', maka terjemahan yang tepat ialah 'Tuhan Bapa'.

11. Penggunaan kalimah Allah oleh penganut Khatolik di Sabah dan Sarawak tidak tepat dari segi bahasa.

12. Penggunaan kalimah Allah oleh penganut Khatolik di Sabah dan Sarawak berpaksikan kepada usaha terancang Kristianisasi sejak bertahun-tahun dahulu.

13. Islam adalah agama dakwah, dan berusaha untuk mengajak manusia seluruhnya menerima Allah Yang Esa sebagai Tuhan yang mesti disembah.

14. Islam mengutamakan kedamaian dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Atas fakta diatas, saya berpendapat:

1. Penggunaan kalimah Allah tidak perlu dihalang secara mutlak, tetapi perlu dikawal.

2. Penggunaan yang boleh dibenarkan jika:
a. Tidak bermaksud untuk pengeliruan bagi menyebarkan agama kepada masyarakat muslim.
b. Tidak menyebabkan penghinaan kepada Allah.
c. Tidak digunakan dalam bahan media bercetak, rakaman dan lain-lain yang boleh sampai ke tangan muslim.
d. Menggunakan nama Allah dalam konteks yang betul iaitu Tuhan yang MAha Suci yang menjadikan alam ini.
e. Tidak disalahgunakan untuk apa-apa maksud yang tidak baik.

3. Dalam konteks penggunaan oleh Herald weekly, saya berpendapat ia termasuk dalam penggunaan yang tidak dibenarkan kerana ia digunakan dalam konteks yang tidak betul serta bahan itu boleh sampai ketatapan muslim hingga menyebabkan pengeliruan.

No comments:

Post a Comment